Melaka, 05 Ogos 2026 – YDH Supt Nor Azlinda binti Nordin, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Melaka dan Ybrs Sdra Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia telah hadir merasmikan Kejohanan Boling Piala Pengerusi PACSU Melaka Tahun 2026 anjuran PACSU Cawangan Melaka yang berlangsung di Malacca International Bowling Centre (MIBC). Syabas dan tahniah kepada Barisan AJK PACSU Melaka kerana berjaya menjayakan kejohanan ini.

Kejohanan ini menyaksikan penyertaan Pegawai Awam sebanyak 22 pasukan yang melibatkan Ketua Jabatan Pengurusan Melaka, 4 orang Pegawai Kanan PACSU Malaysia dan ahli PACSU Cawangan Melaka.

Pasukan daripada JIPS IPK Melaka telah dinobatkan sebagai Johan piala pusingan tahun ini, Naib Johan adalah pasukan Cawangan Khas IPK Melaka, manakala tempat ketiga adalah IPD Melaka Tengah.

Terima kasih kerana sentiasa berjuang sebagai satu pasukan, saling menyokong antara satu sama lain, dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Sama ada menang atau kalah, pengalaman dan kenangan yang telah dicipta bersama adalah sesuatu yang sangat bermakna.

Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi inspirasi untuk terus maju dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

#melakakumajujayarakyatbahagiamenggamitdunia
#bijaklaksanatuahberanilaksanajebat
#melakasayangrakyat
#bersatumembantubersamapacsu

Categories: Aktiviti, Melaka

PACSU Admin

Share