Kehadiran Delegasi Kontinjen Selangor seramai 21 orang yang terdiri daripada ahli-ahli PACSU Selangor dalam Sesi Raptai Penuh Sempena Majlis Perhimpunan Pegawai Awam PACSU Malaysia Tahun 2023 bertempat di PULAPOL Kuala Lumpur.
Majlis ini antara majlis yang signifikan buat semua Pegawai Awam yang berkhidmat dalam Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana majlis anjuran Jabatan ini antara pengiktirafan tertinggi Ketua Polis Negara kepada semua Pegawai Awam yang telah menyumbang dan memberi komitmen terhadap jabatan PDRM.
Semoga Majlis Perhimpunan ini berjalan lancar & berjaya serta memberi perangsang buat semua Pegawai Awam untuk terus menyumbang dalam perkhidmatan awam & PDRM khususnya.
