9 April 2021 @0930hrs. (MELAKA ) – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard IPK Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka bersama PACSU Cawangan Melaka telah menganjurkan Ceramah Agama Sempena Ihya Ramadhan Warga PDRM Peringkat Kontinjen Melaka 2021 bertempat di Auditorium IPK Melaka.

Program ini telah dihadiri oleh Ketua – ketua Jabatan, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Pangkat Rendah, Pengerusi PACSU cawangan Melaka dan Pegawai Awam.

Penceramah jemputan adalah Y.Bhg. AlFadhil Ustaz Hairul Amin bin Hj.Madon

Objektif Program adalah kefahaman berkaitan kewajiban mengerjakan ibadah puasa dan pencerahan isu-isu berkaitan ibadah puasa.

Program berjalan dengan lancar serta mengikut SOP PKPP yang telah ditetapkan.

b2102378-2d70-4a69-bb9a-667eb2eca745  79f6efd6-3809-49b1-bcaa-f3dc7217ca3b 4750ef03-48ea-4885-b68c-d8ea2d1a728b e62205a2-993f-4b28-aa3d-bf467b953681 f3277f62-28c2-4876-bc02-ae31f99c6ba5

Categories: Aktiviti, Melaka

PACSU Admin

Share