PACSU Cawangan Perak telah dijemput oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak Dan Kedah untuk mengadakan perlawanan persahabatan bowling pada 10/8/2015 di Ole-Ole Superbowl, Mydin Meru, Ipoh. Sebanyak 2 pasukan telah dihantar mewakili pasukan PACSU Cawangan Perak yang terdiri daripada : Pasukan lelaki i) Shahabuddin b. Shuhaimi ii) Muhammad b. Mansoor iii)  Muhammad Affan b. Subri iv) Mohamad Faizal b. Shoib Pasukan wanita i) Emellya bt. Yaacob ii) Nor Azizah bt. Ahmad Puad iii)  Mariana bt. Abd. Kadir iv) Juliana bt. Mohamad Ismail Perlawanan dimulakan jam 6.00 petang dan berakhir pada jam 8.30 malam.  Ahli-ahli PACSU Cawangan Perak dan ahli keluarga para pemain juga turut hadir untuk memberikan sokongan. Walaupun pasukan PACSU Cawangan Perak kalah tipis dengan pasukan JAKOA namun apa yang penting adalah semangat kesukanan yang dipamerkan oleh semua pemain.  

Categories: Uncategorized

PACSU Admin

Share