16 Aug 2024 – Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA) telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

PACSU Cawangan Pahang  telah menghantar seramai 72 Ahli ke  majlis ini bagi membuktikan sokongan penuh kepada keperihatinan kerajaan terhadap penjawat awam dan seterusnya mengiktiraf perkhidmatan awam yang setia menyokong di belakang pentadbiran kerajaan.

Seramai 10,000 orang penjawat awam telah menghadiri MAPPA pada tahun ini dan pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada semua penjawat awam dan sekaligus membuktikan tuntutan PACSU sebagai gabungan CUEPACS diterima oleh kerajaan Malaysia.

 

#BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU#

#PACSU PAHANG DIHATI#

Categories: Aktiviti, Pahang

PACSU Admin

Share