
IPK MELAKA 22 Sept. 2020 – Berlangsung Dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Melaka, Bertempat di Tingkat 3 Dewan Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka. Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PACSU, Negeri Melaka Kali ke-53 Bagi Tahun 2020 yang telah disempurnakan oleh YDH SAC Dato’ Sharul Lalli Bin Masduki, Timbalan Ketua Polis Melaka. Dalam ucapannya, Timbalan Ketua Polis Melaka berkata PDRM tidak pernah terleka dengan kehadiran pegawai awam di dalam organisasi ini dan gunakanlah platform ini berbincang segala permasalahan supaya boleh di ketengahkan kepada peringkat atasan. Tambahannya lagi, beliau berharap melalui majlis seperti ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta meningkatkan lagi interaksi, bagi mewujudkan perpaduan dan keharmonian di kalangan pegawai awam. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Ketua-Ketua Jabatan; YBhg. Tn. HJ. Mohd Zaki Bin Mahmood, Timbalan Presiden Pacsu Malaysia; YM Raja Hazlan bin Raja Hussin, Bendahari Agung PACSU; Ketua-Ketua Polis Daerah, Ahli-ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli PACSU IPK Melaka.



