Kuala Lumpur : Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-27 telah diadakan pada 19 hingga 21 Disember 2016 di Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 50 orang perwakilan dari PACSU telah menghadiri Konvensyen kali ini. Selain daripada membincangkan isu-isu berkaitan perlembagaan dan kebajikan penjawat awam, perwakilan yang hadir telah membuat pengundian bagi memilih kepimpinan CUEPACS bagi sesi yang akan datang. Datuk Azih Muda telah mengekalkan kerusi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi penggal kedua. Beliau menewaskan bekas Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zin dengan kelebihan 694 undi. Datuk Azih mendapat 939 undi manakala Ahmad Shah memperoleh 245 undi. Keputusan itu telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengiraan Undi, Rohaizat Hashim. Bagi jawatan Timbalan Presiden I, Mohd Shaman Jaes dan Timbalan Presiden II, Zainal Ismail, juga berjaya mempertahankan jawatan mereka, masing-masing memperoleh 618 dan 418 undi. Bagi jawatan Setiausaha Agung, Adnan Mat memenangi jawatan itu dengan menerima 876 undi bagi menggantikan Datuk Lok Yim Pheng yang mengundur diri pada pemilihan kali ini. KEPUTUSAN PEMILIHAN PEGAWAI TERTINGGI CUEPACS BAGI TEMPOH 2016-2019 : PRESIDEN : Datuk Azih Muda = 939 (Terpilih) Hj Ahmad Shah Mohd Zin = 245 TIMBALAN PRESIDEN : En Zainal Ismail = 418 (Terpilih) En Shaman Jaes = 615 (Terpilih) Hj Zulkifli Mohamad = 262 En Ahmad Shuffir Hj Zakaria = 82 SETIAUSAHA AGUNG: Hj Adnan bin Mat = 876 (Terpilih) Ku Azmi Ku Ibrahim = 302 TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG:           En Abd Rahman Nordin = 733 (Terpilih) Hj Zainal Abd Ghaffar = 543 (Terpilih) En Harry Tan Huat Hock = 523 (Terpilih) En Mahamad Bahrum = 510 En Ashaari bin maarof = 267 En Azhar Abdul Shukor = 254 En Razak Rarus = 260 SETIAUSAHA KEWANGAN: En Jaapar Mansor (Menang Tanpa Bertanding) TIMBALAN SETIAUSAHA KEWANGAN: En Razali Singah = 690 (Terpilih) Hjh Salimah Kadith = 436 Gambar-gambar semasa persidangan   Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS Ke 27                          

Categories: Uncategorized

PACSU Admin

Share