Johor Bahru, 17/10/2019 (Khamis) – Bertempat di Dewan Persatuan Badminton Johor, Larkin, Johor telah berlangsung majlis penutup Kejohanan Badminton Piala Presiden PACSU Malaysia 2019. Dalam kejohanan yang bermain secara berkumpulan, PACSU Cawangan Pahang diwakili 9 orang pemain yang terdiri daripada 5 lelaki dan 4 wanita. Pasukan PACSU Cawangan Pahang telah menjadi JOHAN setelah bermain secara liga di peringkat kumpulan, peringkat kalah keluar dan seterusnya layak ke perlawanan akhir dengan menewaskan Perak dengan aggregate 3-1. Acara penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan telah disempurnakan oleh YBrs. Sdra. Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia. “Tahniah Pasukan Badminton PACSU Cawangan Pahang”      

Categories: Uncategorized

PACSU Admin

Share