Pada 9 Ogos, 2022 bertempat di Bilik PACSU, Tingkat 2, IPK Melaka telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pacsu Melaka Bil 3 Tahun 2022.  Seperti biasa mesyuarat ini dipengerusikan oleh Sdra. Khairi bin Thani, Pengerusi PACSU Melaka.

Kehadiran seramai 23 orang ke Mesyuarat tersebut membincangkan isu-isu semasa antaranya cadangan menganjurkan Family Day pada Sept 2022.  Selain itu terdapat cadangan lain untuk bulan-bulan yang akan datang.

Mesyuarat berakhir jam 12.30 tengahari. Mesyuarat diakhiri dengan menyampaikan sumbangan kutipan wang untuk ahli-ahli dan keluarga ahli yang terkesan sakit yang kronik. Selepas itu  semua Jawatankuasa yang hadir dijemput menikmati hidangan yang telah disediakan.

Categories: Aktiviti, Melaka

PACSU Admin

Share