Negeri Sembilan, 30 April 2024- Bertempat di Dewan Utama, Tingkat 9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah berlangsung Majlis Penutup Program The Biggest Loser Siri 1/2024. Lebih membanggakan PF 27580 Shahrul Rezuan bin Yahaya selaku Ahlijawatankuasa PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah menjuarai Program  The Biggest Loser Siri 1/2024 yang diadakan pada 04/01/2024 – 28/03/2024. Beliau telah berjaya dengan penurunan berat badan sebanyak 14kg yang sebelum ini berat badan beliau adalah sebanyak 94kg dan kini 79.8kg. PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN mengucapkan syabas dan tahniah.

PACSU Admin

Share