Aktiviti
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (LUAR BIASA) KALI KE-72 BAGI TAHUN 2023
BUKIT AMAN, 27 JULAI 2023 – PACSU Cawangan Bukit Aman telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (Luar Biasa) Kali Ke-72 bagi tahun 2023 bertempat di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.
Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan, YDH CP Dato’ Azmi Bin Abu Kassim. Turut hadir bersama pada mesyuarat tersebut adalah Presiden PACSU, Sdra. Anuar Bin Mamat , Setiausaha Agung PACSU , Sdra. Mohd Azli Bin Suhaimi dan Bendahari Agung PACSU , YM Raja Hazlan Bin Raja Hussin. Seramai kira-kira 263 ahli PACSU Cawangan Bukit Aman hadir ke mesyuarat kali ini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman, Sdri. Farah Binti Shahibi. Mesyuarat kali ke-72 ini membincangkan perancangan dan pembentangan kewangan tahun 2022 dan 2023. Mesyuarat ini turut diserikan dengan tayangan video sorotan aktiviti-aktiviti PACSU Bukit Aman sepanjang tahun 2022/2023, penyampaian cenderahati dan acara cabutan bertuah bagi menghargai kehadiran ahli-ahli PACSU Cawangan Bukit Aman yang hadir pada petang tersebut.