Aktiviti
LAWATAN DAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KE ATAS PENGERUSI PACSU CAWANGAN PAHANG, PUAN SERI EMBUN BT ISHAK.
MESYUARAT AHLI JAWATAN KUASA PACSU CAWANGAN JOHOR BIL.2/2025
JOHOR BAHRU 11 Max 2025 – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Johor Bil.1/ 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Margosa, IPK Johor , yang dipengerusikan oleh Puan Maya Razlina binti Abd Rahman, Pengerusi PACSU.
Mesyuarat ini diadakan bagi perlaksanaan Majlis Khatam Al-Quran dan Tadarus sepanjang bulan Ramadan yang akan pada 20 Mac 2025. Selain daripada itu juga mesyuarat ini diadakan bagi Post Mortem Bowling Piala Ketua Polis Johor serta Mesyuarat Penyelarasan Bowling Piala Presiden yang merupakan Johor sebagai tuan rumah bagi tahun 2025.
MAJLIS BERBUKA PUASA CUEPACS MELAKA
TADARUS, KHATAM AL-QURAN & CERAMAH IHYA RAMADAN ANJURAN PACSU CAWANGAN JOHOR TAHUN 2025/1446H
Johor Bahru, 20 Mac 2025 -Majlis Khatam Al-Quran dan Ceramah yang bertajuk Al-Quran: Rahsia Yang Perlu Diselami yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zamri bin Husin di Dewan Auditorium Aras 2, IPK Johor.
Biro Agama dan Barisan AJK PACSU Cawangan Johor telah mengadakan Bacaan Tadarus bermula dari 3 ramadhan sehingga 15 ramadhan yang disertai 30 peserta dari jabatan dan Daerah Johor.
Turut hadir seramai 150 pegawai awam ahli PACSU dari Jabatan dan Daerah di bawah Kontinjen Johor.
BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU.