PROGRAM MOREH RAMADHAN 1446H ANJURAN PACSU IPD KUANTAN, PAHANG.

Kuantan, Pahang / 23.03.2025 – Program Moreh Ramadhan 1446H Anjuran PACSU Cawangan IPD Kuantan telah diadakan di Surau Abd Aziz, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Program ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwah serta menggalakkan budaya berkongsi rezeki di kalangan ahli kariah.

Terima kasih atas sumbangan kewangan oleh semua ahli – ahli PACSU Cawangan IPD Kuantan dalam menjayakan program ini. Semoga sumbangan semua ahli PACSU Cawangan IPD Kuantan di bulan Ramadhan ini mendapat pahala yang berganda dan diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

,