IPK Melaka, 27 Mac 2025 – Majlis Khatam Al-Quran PDRM IPK Melaka Tahun 1446H / 2025M anjuran bersama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM Kontinjen Melaka bersama PERKEP Kontinjen Melaka dan PACSU Cawangan Melaka telah diadakan di Auditorium Tingkat 3, IPK Melaka.
Seramai 86 orang peserta yang telah hadir, terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam PDRM IPK Melaka dan PERKEP Kontinjen Melaka serta bakal – bakal Haji 1446H.
Majlis ini diadakan bagi meraikan para peserta program Tadarrus Al-Quran yang telah diadakan pd 3 Mac 2025 bersamaan 2 Ramadhan 1446H sehingga 19 Mac 2025 bersamaan 18 Ramadhan 1446H. Peserta Tadarrus Al-Quran yang dirai seramai 67 orang peserta terdiri daripada warga PDRM Kontinjen Melaka.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al – Quran bermula surah Ad Dhuha sehingga Surah An-Nas yang telah disempurnakan dengan bacaan Do’a khatam Al-Quran oleh Ybhg. Ustaz Nor Hazwan bin Rafidzi, dari BAKA JIPS IPK Melaka merangkap Pengerusi PACSU Melaka.
Seterusnya Penyampaian cenderahati kepada para pembimbing Tadarrus Al-Quran dan peserta tadarrus Al-Quran Wanita yang telah disampaikan oleh Datin Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, disaksikan oleh Timbalan Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka.
Kemudian telah disusuli penyampaian cenderahati Khatam Al-Quran kepada peserta lelaki oleh YDH Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka dengan disaksikan oleh YDH SAC Timbalan Ketua Polis Melaka.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Cenderahati kepada 4 orang bakal haji 1446H bersama pasangan termasuk Pengerusi PACSU Melaka bersama pasangan.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati penghargaan kepada YDH Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka oleh YDH Supt. Nik Mohd Razali bin Husin, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, IPK Melaka.
Turut hadir ialah Sdra Syed Ahmad bin Syed Shahardin (Peg. Pelajaran PACSU), Sdri Fariyantiyy binti Abharim (Setiausaha), Sdri Haslinda binti Yusman (Bendahari), Sdri Hasnida binti Dorani (AJK), Sdri Arliyana binti Aris (AJK), Sdri Mastura binti Mat Som (AJK), Sdra Muhammad Raimi bin Zainal (AJK), Sdri Sarrul Munirah binti Haris (AJK) serta ahli-ahli PACSU cawangan Melaka.
Semoga dengan penganjuran program ini dapat memberi usaha yang istiqamah dalam membaca Al- Quran buat semua hadirin.