Melaka, 26 Mac 2025 – Majlis Berbuka Puasa Peringkat CUEPAC Negeri Melaka telah diadakan di Dewan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya, Negeri Melaka. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Presiden CUEPACS iaitu YBhg. Dato’ Dr. Hj Adnan bin Mat serta En Norman Bin Hj Taib.
Turut hadir ialah Sdra Nor Hazwan bin Mohamad Rafidzi (Pengerusi), Sdri Fariyantiyy binti Abharim (Setiausaha), dan Sdri Haslinda binti Yusman (Bendahari).
Majlis tersebut dimulakan dengan sesi ceramah, kemudian berbuka puasa, serta penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.