Melaka, 12 Mac 2025 – Sumbangan kebajikan ke atas anak ahli PACSU Melaka Sdra Mohd Anis bin Hamzah bertugas di BAKA, IPK Melaka, di pejabat BAKA oleh Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi (Pengerusi).
Anak beliau dijangkiti kuman pada paru-paru dan telah dimasukkan ke Hospital Putra Melaka. Alhamdulillah sudah kembali sembuh.
Semua warga PACSU Melaka mendoakan kesejahteraan ke atas anak beliau agar sihat walafiat dan disembuhkan dari segala penyakit.