CERAMAH IHYA’ RAMADHAN 1446H PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN MELAKA ANJURAN JIPS DAN PACSU CAWANGAN MELAKA

MELAKA, 6 MAC 2025 – Ceramah Ihya’ Ramadhan 1446H peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka anjuran Bahagian Agama & Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard IPK Melaka dan PACSU Cawangan Melaka telah diadakan di Auditorium IPK Melaka.

Program yang diadakan bermula 9.00 pagi dengan Kunjung Hormat kepada YDH DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.

Ceramah telah disertai oleh seramai 129 orang peserta yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam PDRM Melaka.

Turut hadir juga Pengerusi PACSU Melaka Ustaz Nor Hazwan bin Mohamad Rafidzi, Setiausaha PACSU Melaka Pn. Fariyantiyy binti Abharim, Bendahari PACSU Melaka Pn. Haslinda binti Yusman serta Ahli Jawatankuasa PACSU Melaka.

Program ini dilaksanakan bertujuan menggalakkan khususnya warga PDRM Melaka untuk memperbanyakkan ibadah dalam bulan Ramadhan bagi mencapai ketaqwaan kepada Allah SWT.

Ceramah telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Prof. Dr. Hj Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Naib Canselor, Universiti Islam Selangor dengan tajuk ‘Nikmat Ramadhan’.

Penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Program telah mendapat sambutan yang baik dan peserta mendapat ilmu yang telah disampaikan.

IMG-20250306-WA0032 IMG-20250306-WA0029 IMG-20250306-WA0034 IMG-20250306-WA0041 IMG-20250306-WA0040 IMG-20250306-WA0046 IMG-20250306-WA0045 IMG-20250306-WA0044 IMG-20250306-WA0039 IMG-20250306-WA0035 IMG-20250306-WA0043 IMG-20250306-WA0047 IMG-20250306-WA0050

,