MELAKA, 27 Februari 2025 – Ceramah Ambang Ramadhan 1446H peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka anjuran Bahagian Agama & Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard IPK Melaka dan PACSU Cawangan Melaka telah diadakan di Auditorium IPK Melaka.
Program yang diadakan bermula 8.45 pagi dengan Kunjung Hormat kepada YDH SAC Md Nazri bin Zawawi, Pemangku Ketua Polis Melaka.
Ceramah telah disertai oleh seramai 97 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam PDRM Melaka. Turut hadir juga Pegawai Pelajaran PACSU Malaysia En. Syed Ahmad bin Syed Shahardin, Pengerusi PACSU Melaka Ustaz Nor Hazwan bin Mohamad Rafidzi, Setiausaha PACSU Melaka Pn. Fariyantiyy binti Abharim, Bendahari PACSU Melaka Pn. Haslinda binti Yusman serta Ahli Jawatankuasa PACSU Melaka.
Program ini dilaksanakan bertujuan memberi motivasi khususnya warga PDRM Melaka untuk memperbanyakkan ibadah dalam bulan Ramadhan.
Ceramah telah disampaikan oleh YBhg Ust Hj Dzulkarnain Bin Hamzah, Penceramah Bebas dengan tajuk ‘Tazkiyatun Nafs’.
Penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh YDH Supt Nik Mohd Razali Bin Husain, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, IPK Melaka.
Program telah mendapat sambutan yang baik dan peserta mendapat ilmu yang telah disampaikan.