MESYUARAT AJK PACSU BIL 2/2024 & MESYUARAT PENYELARASAN KARNIVAL SAMBUTAN JUBLI EMAS PACSU SELANGOR

27 Nov 2024 – Pengerusi PACSU Selangor, En Affendi Bin Kamarudin telah mempengerusikan Mesyuarat AJK PACSU Bil 2/2024 & Mesyuarat Penyelarasan Karnival Sambutan Jubli Emas PACSU Selangor di bilik mesyuarat tingkat 8, Menara 2, IPK Selangor.

Mesyuarat yang memfokuskan kepada perancangan karnival dan sambutan jubli emas PACSU Selangor yang dijangka akan diadakan pada Bulan Januari 2025 ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada semua ahli PACSU di seluruh Selangor serta ahli-ahli PACSU di sekitar Lembah Klang untuk bersama-sama menjayakan karnival tersebut atas kepentingan pemuafakatan & merapatkan lagi ukhwah diantara satu sama lain.

Semoga perancangan karnival sambutan jubli emas PACSU Selangor berjalan dengan lancar dan memberi menfaat kepada semua ahli-ahli PACSU di seluruh negara.

WhatsApp Image 2025-02-06 at 1.07.48 AM (3)             WhatsApp Image 2025-02-06 at 1.07.48 AM (2)               WhatsApp Image 2025-02-06 at 1.07.48 AM (1) WhatsApp Image 2025-02-06 at 1.07.48 AM

,