04 Sep 2024 – Bertempat di Hotel Grand Barakah, Ampang, Selangor, Pengerusi PACSU Selangor En Affendi Bin Kamarudin telah menghadiri Mesyuarat Pra Persidangan Perwakilan PACSU.
Antara intipati mesyuarat ialah menyelaraskan pelbagai usul yang akan dibawa & dibahas dalam Persidangan Perwakilan yang dijangka akan diadakan pada hujung bulan September 2024 ini.
Selain itu, edaran kertas undi juga turut dijalankan bagi pemilihan Pegawai Kanan PACSU Malaysia 2024/2027.
Semoga persidangan perwakilan di Selangor nanti dipermudahkan.