8 Mei 2024 – Proses pembuangan undi bagi perlantikan AJK PACSU Selangor yang Sesi 2024-2027. Alhamdulillah, proses pembuangan undi berlangsung dengan aman & harmoni di kalangan ahli-ahli PACSU Selangor mengikut formasi masing-masing.
Di harap, pengumuman & pengiraan undi yang akan dijalankan pada 14hb Mei 2024 dipermudahkan dan bagi calon-calon yang telah menang tanpa bertanding, syabas & tahniah diucapkan. Bagi calon-calon yang bertanding, kemenangan merupakan satu tanggungjawab yang baru dan amanah ahli yang perlu dipikul dengan penuh dedikasi manakala bagi yang kalah, jangan berkecil hati & teruskan keazaman berbakti kepada PACSU kerana perjuangan PACSU adalah perjuangan yang tidak bernoktah.
Terima kasih kepada semua calon, AJK & ahli yang terlibat secara langsung dalam proses pemilihan secara demokrasi & harmoni di PACSU Selangor ini.