MAJLIS PERASMIAN DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU SELANGOR KALI KE-50

14 Mei 2024 – Bertempat di Dewan D’ Cerana IPK Selangor, PACSU Selangor telah mengadakan Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Selangor Kali Ke-50.

Kehadiran Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato Sasikala Devi Subramaniam dan semua ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua polis daerah telah bersama-sama meraikan majlis perasmian tersebut.

Kehadiran 350 orang ahli PACSU Selangor dalam Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Selangor Kali Ke-50 membuktikan semangat pegawai-pegawai awam yang berkhidmat dalam Jabatan Polis Diraja Malaysia serta membincangkan isu-isu terkini dalam perkhidmatan awam yang menjadi keperluan semua Pegawai Awam di Kontinjen Selangor khususnya.

Syabas & Tahniah diucapkan kepada Calon-calon kepimpinan PACSU Selangor bagi sesi 2024/2027.

Pengerusi PACSU Selangor: En. Affendi Bin Kamarudin (IPD Kajang)- Menang tanpa bertanding.

Setiausaha PACSU Selangor: Puan Juliana Binti Lazim (IPD Klang Utara) – Menang & Mengekalkan Jawatan.

Bendahari PACSU Selangor- Puan Noor Shafinaz (JSPT, IPK Selangor) – Menang tanpa bertanding.

Syabas & tahniah semua AJK2 yang menang dalam jawatan masing-masing dan wakil untuk Persidangan Perwakilan.

IMG-20250205-WA0034 IMG-20250205-WA0035 IMG-20250205-WA0036 IMG-20250205-WA0037 IMG-20250205-WA0038 IMG-20250205-WA0039

,