HIMPUNAN ASPIRASI MADANI AKRAB BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

Putrajaya – 14 Jun 2024, Telah berlangsung “Himpunan Aspirasi Madani AKRAB bersama YAB Perdana Menteri” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Bertemakan H.E.M.A.T – Menyantuni Hasrat Membina Citra, Perhimpunan AKRAB anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kolaborasi Majlis Akrab Kebangsaan (MAK) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) ini turut disertai oleh tetamu kehormat, YAB Timbalan Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan amanat dan turut mengadakan dialog bersama peserta. Apa yang menarik dan unik ialah YAB PMX turut melibatkan Menteri-menteri kabinet secara impromtu bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh peserta perhimpunan.

Encik Mohd Afendi bin Ya@Zakaria (Presiden MAK) telah menerima watikah pelantikan “Ejen Penggerak Perubahan Perkhidmatan Awam” mewakili keseluruhan ahli AKRAB.

3 orang ahli PACSU Selangor telah menghadiri perhimpunan ini dan semoga ianya memberi menfaat kepada semua ahli PACSU Selangor.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan perhimpunan terbesar dalam sejarah AKRAB.

Foto Ihsan JPA dan koleksi MAK & AKRAB

IMG-20250205-WA0055 IMG-20250205-WA0056 IMG-20250205-WA0057

,