Batu Pahat,8 Disember 2024 – Pengerusi Pacsu Johor puan Maya Razlina binti Abd Rahman bersama pegawai awam Cawangan Khas IPK Johor, pegawai awam IPD Batu Pahat telah membuat lawatan kebajikan keatas suami Muhamad Hanafi bin Misron kerana terlibat dalam kemalangan Jalan raya di Unit Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Jalan Korma, Taman Soga, Batu Pahat.
Seterusnya Jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam FELDA Palong Timur, Segamat bagi proses pengkebumian. Pengerusi juga turut berterima kasih kepada Pegawai Awam IPD Segamat kerana turut serta dalam menguruskan jenazah arwah dan menyampaikan wang sumbangan bagi memastikan aspek kebajikan terus dipelihara dalam usaha memberi semangat kepada waris dan ahli keluarga. Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor mendoakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan bersama-sama golongan orang beriman. Al-Fatihah & Salam Takziah.
سْــــــــمِ اللَّــــــــهِ الرَّحْمَــــــــنِ الرَّحِيــــــــمِ {1} الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ {2} الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ {3} مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ {4} إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ {5} اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ {6} صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَالضَّآلِّينَ {7}