PERTANDINGAN TEN PIN BOWLING PIALA PENGERUSI PACSU KEDAH TAHUN 2025

Alor Setar, 16 Januari 2025 – Pertandingan Ten Pin Boling Piala Pengerusi Pacsu Kedah telah diadakan di Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar, Kedah. Dalam pertandingan kali ini sebanyak 28 pasukan telah bertanding melibatkan seramai 128 peserta yang terdiri dari ahli-ahli PACSU seluruh Kontinjen Kedah.

Tujuan diadakan pertandingan ini adalah bagi memilih pemain – pemain yang akan mewakili PACSU Kedah pada Kejohanan Ten Pin Boling Presiden PACSU Malaysia Tahun 2025 yang akan diadakan nanti.

Pasukan dari Jabatan Pengurusan, IPK Kedah telah dinobatkan sebagai Johan pada edisi tahun ini. Manakala, Naib Johan adalah pasukan Sik B dan tempat Ketiga adalah pasukan Kubang Pasu B. Jatuhan Pin Terbanyak Lelaki pula diungguli oleh Sdra. Mohd Amzar bin Badul Rahman dari Jabatan Pengurusan IPK Kedah, manakala bagi Wanita pula dimenangi oleh Sdri. Muzliza binti Darus dari IPD Yan.

Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Ten Pin Boling Piala Pengerusi Kedah Tahun 2025 telah disempurnakan oleh DSP Zakiah binti Saad, PT Perkhidmatan/Perjawatan, IPK Kedah. Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Puan Nor Syarfirah binti Samsuri, Pengurus YaPIEM Negeri Kedah / Perlis dan mantan Pengerusi PACSU Kedah, Pn. Arbaayah binti Ahmad Tajuddin.

Diharapkan para pemain yang telah berjaya dalam pertandingan ini dan bakal mewakili Pacsu Kedah di Kejohanan Ten Pin Boling Presiden Pacsu Malaysia nanti akan terus mempamerkan prestasi cemerlang sekaligus mengharumkan nama PACSU Kedah.

‘Bersatu Membantu Bersama PACSU’

,