Melaka, 15 Jan 2025 – Satu lawatan kebajikan ke atas suami ahli PACSU Melaka Sdri Zurina binti Mohamed bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Melaka Tengah, Melaka, di pejabat beliau oleh Sdra Hamisan Gunberi (AJK) dan Sdra Ilyas Ismail (AJK).
Suami beliau telah mengadu sakit dan bisa pada kaki. Kemudian suami beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Putra, Melaka dan disahkan oleh doktor yang merawat telah mengalami jangkitan kuman pada kaki. Doktor terpaksa melakukan pembedahan kecil bagi membuang jangkitan kuman bagi mengelakkan kuman merebak.
Semua warga PACSU Melaka mendoakan kesejahteraan ke atas Sdra Muhamad Baktiar bin Hj Raihan agar sihat walafiat dan disembuhkan dari segala penyakit.