BUKIT AMAN, 24 OKTEBER 2024 – Bertempat di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman telah diadakan Sesi Taklimat Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang disampaikan oleh Saudara Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia, merangkap Setiausaha Kewangan CUEPACS Malaysia dan juga Presiden Gabungan Pembantu Tadbir (GAPETA).
Taklimat yang dihadiri lebih dari 100 orang ahli PACSU Bukit Aman ini adalah inisiatif daripada PACSU Cawangan Bukit Aman sendiri untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada semua ahli dari sudut pandangan kesatuan sekerja.
Turut hadir sama ialah Bendahari Agung PACSU Malaysia YM Raja Hazlan bin Raja Hussin dan Timbalan Setiausaha Agung PACSU Malaysia, Saudara Rohaizad bin Khalil.
Bagi pihak Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Bukit Aman mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.
SIGN JANGAN TAK SIGN