IPOH, 20 Disember 2024 – Penutup tirai bagi tahun 2024, Pacsu Cawangan Perak telah mengadakan Majlis Hi Tea ‘Sekalung Budi Sejambak Kasih’ bertempat di Restoran Mohd Chan Ipoh, Perak.
Majlis bertujuan meraikan ahli jawatan kuasa yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai ahli jawatan kuasa Pacsu Cawangan Perak pada penggal lalu sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga di atas segala jasa dan buah fikiran yang telah diberikan sepanjang bersama barisan kepimpinan Pacsu Cawangan Perak serta majlis meraikan kehadiran ahli jawatan kuasa yang baru sebagai tanda selamat datang ke barisan hadapan Pacsu Cawangan Perak.
Majlis dirasmikan oleh YDH Supt Nor Azizan bin Yusof, Pegawai Pemerintah Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5 Ipoh, Perak dan pihak Pacsu Cawangan Perak berasa amat berbesar hati di atas kesudian beliau untuk hadir bersama-sama ke majlis ini.
Turut hadir Pengerusi Pacsu Cawangan Perak Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha Pacsu Perak Sdri Rosdiah binti Safri dan barisan ahli-ahli jawatankuasa.