MAJLIS HI-TEA PACSU CAWANGAN PULAU PINANG TAHUN 2024

Bukit Mertajam, Pulau Pinang, 27/11/2024 (Rabu) : Telah berlangsungnya Majlis Hi-Tea PACSU Cawangan Pulau Pinang yang bertempat di Hotel Ixora, Bukit Mertajam, Pulau Pinang . Majlis diadakan bagi meraikan ahli-ahli PACSU Cawangan Pulau Pinang yang telah bersara dan bertukar keluar kontinjen.

Majlis yang dihadiri oleh ahli-ahli PACSU dari setiap daerah Pulau Pinang berjalan dengan lancar dan meriah dengan acara-acara yang telah disediakan.

Para pesara dan ahli Pacsu yang bertukar ke jabatan lain turut diraikan dengan pemberian cenderahati bagi menghargai segala jasa yang pernah berbakti di dalam satu payung PACSU.

Moga dengan adanya acara tahunan ini dapat mengeratkan silaturahim antara pegawai awam di dalam PACSU.

Majlis berakhir pada jam 5.30 petang dan pujian harus diberikan pada semua AJK PACSU Cawangan Pulau Pinang kerana telah berjaya dalam penganjuran Majlis Hi Tea PACSU Cawangan Pulau Pinang pada tahun 2024.

PACSU PULAU PINANG

,