30 SEPTEMBER 2024, BUKIT AMAN – Presiden PACSU Malaysia, Saudara Anuar Bin Mamat bersama-sama Pegawai Kanan PACSU Malaysia yang lain, Pegawai PACSU Cawangan, AJK PACSU Cawangan Bukit Aman, serta ahli PACSU Bukit Aman telah hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohd Fadzil bin Salmi, 48 tahun, yang telah meninggal dunia ketika menjalani rawatan penyakit buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur.
Allahyarham bertugas di Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia dan Singapura, Bahagian D2, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebagai Pemeriksa Cap Jari (PCJ). Beliau merupakan antara pegawai awam PDRM yang berkhidmat dalam penyediaan kertas kerja penambahbaikan skim perkhidmatan PCJ, yang telah dibawa oleh PACSU ke peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Jenazah Allahyarham telah disempurnakan di Masjid Bukit Aman, termasuk dimandikan, dikafankan, dan disembahyangkan, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Ukay Perdana untuk dikebumikan.
PACSU Cawangan Bukit Aman merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Allahyarham. Semoga segala amalan dan jasa bakti beliau mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah S.W.T.
#PACSUBukitAman #Takziah #AlFatihah