Melaka, 09 Okt 2024 – Satu lawatan kebajikan ke atas ahli PACSU Melaka Sdri Nur Hafizah Binti Moktar bertugas di Caw Logistik, IPD Alor Gajah Melaka, di Hospital Pantai Melaka oleh Sdri Nik Asmah Binti Nik Ibrahim (AJK) dan Sdri Mazenah Binti Awang Salam(Ahli Pacsu).
Beliau telah menjalani pembedahan pembuangan batu dalam hempedu.
Semua warga PACSU Melaka mendoakan kesejahteraan ke atas Puan Nur Hafizah sihat walafiat dan disembuhkan dari segala penyakit.