PULAU REDANG, 1 OGOS 2024 – Retreat Kepimpinan tahun 2024 telah diadakan di Delima Redang Resort, Pulau Redang, Terengganu pada 29 Julai hingga 1 Ogos 2024. Program ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama dan keakraban antara ahli jawatankuasa kepimpinan PACSU serta merangka strategi dan perancangan masa depan organisasi.
Retreat ini disertai oleh Presiden PACSU Malaysia, Pegawai Kanan PACSU Malaysia dan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Bukit Aman dari semua Cawangan PACSU termasuk dari PACSU Cawangan Bukit Aman yang terdiri daripada Pengerusi, Saudari Farah binti Shahibi, Setiausaha, Saudara Fahlawi bin Hj Jamaludin, Bendahari, Saudara Mohd Abdul Qayum bin Abdul Latiff dan Biro Multimedia, Saudara Muhamad Firdaus bin Muhamad Yusuf.
Program ini melibatkan pelbagai aktiviti yang dirancang untuk mengukuhkan semangat kerjasama dan komunikasi antara ahli jawatankuasa, termasuk sesi perbincangan, bengkel kepimpinan, dan aktiviti luar yang memfokuskan kepada pembangunan diri serta semangat berpasukan.
Dengan suasana yang tenang dan indah di Pulau Redang, para peserta berpeluang untuk bersantai sambil memperbaharui komitmen mereka terhadap tanggungjawab masing-masing dalam menggerakkan PACSU ke hadapan.