PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN AKTA KESATUAN SEKERJA

WhatsApp Image 2024-08-30 at 01.44.03_2c648913

SELANGOR, 12 Ogos 2024 – satu sesi pemeriksaan penguatkuasaan telah dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Selangor di bawah Seksyen 57 dan 64(2)(A), Akta Kesatuan Sekerja ke atas PACSU Cawangan Bukit Aman. Pemeriksaan ini diadakan di Pejabat JHEKS Selangor dan dikendalikan oleh Penolong Pengarah JHEKS Selangor dan Wilayah Persekutuan, Saudara Mohd Redzuan bin Abdullah.

Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memastikan pematuhan PACSU Cawangan Bukit Aman terhadap peruntukan yang ditetapkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja. Kehadiran dari PACSU Cawangan Bukit Aman terdiri daripada Pengerusi, Saudari Farah binti Shahibi, Setiausaha, Saudara Fahlawi bin Hj Jamaludin dan Bendahari, Saudara Mohd Abdul Qayum bin Abdul Latiff.

Pemeriksaan ini berjalan dengan lancar, di mana PACSU Cawangan Bukit Aman memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak JHEKS untuk memastikan segala dokumen dan prosedur yang diperlukan adalah mematuhi kehendak undang-undang yang berkaitan.

WhatsApp Image 2024-08-30 at 01.44.06_197f179d

WhatsApp Image 2024-08-30 at 01.44.04_4f262f7b

,