LAWATAN KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN PAHANG KE ATAS PF/19260 NORWAHEEDA BINTI ABU ZARIN.

19 Ogos 2024 – Lawatan Kebajikan telah dibuat ke atas Pembantu tadbir (PTPO) PF/19260 Norwaheeda binti Abu Zarin dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Pahang yang telah dimasukkan ke Hospital UIAM Indera Mahkota, Kuantan, Pahang dan bakal menjalani Pembedahan  kanser payudara (Breast cancer) pada 20/8/2024.

Lawatan kebajikan ini telah dibuat oleh Puan Seri Embun bt Ishak, Pengerusi Pacsu Cawangan Pahang bersama Puan Effa Diana bt Kamaludin, Setiausaha Pacsu Pahang.

Dalam lawatan ini Pengerusi telah menyampaikan Sumbangan daripada PACSU Pahang dan Sumbangan Bakul Rahmah dari Cuepacs Negeri Pahang.

Semoga lawatan dan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat kepada Puan Waheeda untuk kembali bangkit dan sembuh seperti sediakala.

#BersatuMembantuBersamaPacsu

#PacsuPahangDihati

,