LAWATAN KEBAJIKAN AHLI PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN

IMG-20240830-WA0002

BUKIT AMAN, 24 JULAI 2024 – Lawatan kebajikan Ahli PACSU Cawangan Bukit Aman telah diadakan bagi menziarahi Saudari Nur Shuzairi Binti Mohd Shahiran, yang sedang menerima rawatan di Pusat Ortopedik HUKM selepas mengalami patah kaki kiri akibat kemalangan jalan raya.

Lawatan ini telah diketuai oleh Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman, Saudari Farah Binti Shahibi, bersama-sama dengan Setiausaha, Saudara Fahlawi Bin Haji Jamaludin, serta Biro Kebajikan, Encik Mohamad Azwan Bin Mamat dan Encik Muhammad Faiz Bin Badarul Hisham. Turut hadir adalah Biro Pendidikan, Saudari Nordalilah Bt Ismail.

Saudari Nur Shuzairi, yang bertugas di Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia & Singapura, Bahagian (D2), JSJ, Bukit Aman, kini ditempatkan di Katil 25, Wad 4H, Tingkat 4 di Pusat Ortopedik HUKM. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan sokongan moral dan mendoakan agar beliau segera sembuh.

Inisiatif kebajikan ini menunjukkan keprihatinan PACSU Cawangan Bukit Aman terhadap ahli-ahlinya yang memerlukan, sekaligus mengukuhkan semangat kekeluargaan dalam organisasi.

IMG-20240830-WA0004 IMG-20240830-WA0003 IMG-20240830-WA0001

,