PROGRAM JIWA MADANI : KIBAR JALUR GEMILANG ANJURAN PACSU CAWANGAN MELAKA BERSAMA PEJABAT PENERANGAN MALAYSIA CAWANGAN MELAKA TENGAH

Melaka, 22 Ogos 2024 – PACSU Cawangan Melaka dengan kerjasama Pejabat Penerangan Cawangan Melaka Tengah telah menganjurkan Program Jiwa Madani – Kibar Jalur Gemilang peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 tahun dengan tema ‘Jiwa Merdeka’.

Program tersebut disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh YDH SAC Md Nazri Bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka. Turut hadir Puan Noor Adha Binti Hashim (Pegawai Penerangan Cawangan Melaka Tengah), Sdra Syed Ahmad Bin Syed Shahardin (Pegawai Pelajaran PACSU), Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi (Pengerusi PACSU Caw. Melaka), Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah serta 61 orang ahli PACSU Cawangan Melaka

Program diserikan lagi dengan deklamasi puisi berlagu yang telah disampailan oleh Cik Syarifah Fairus Binti Abdul Ghani bertugas di Cawangan TSM, IPK Melaka yang merupakan Johan Deklamasi Puisi Berlagu peringkat Kementerian Dalam Negeri yang telah diadakan pada 15 Ogos yang lepas di Putrajaya.

Program diakhiri dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang serta penyerahan jalur gemilang di lobi IPK Melaka kepada warga IPK Melaka yang telah disempurnakan oleh YDH SAC Md Nazri Bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka.

IMG-20240822-WA0157IMG-20240822-WA0141 IMG-20240822-WA0103 IMG-20240822-WA0134 IMG-20240822-WA0150 IMG-20240822-WA0153 IMG-20240822-WA0194IMG-20240822-WA0149 IMG-20240822-WA0160 IMG-20240822-WA0179 IMG-20240822-WA0219 IMG-20240822-WA0239

,