LAWATAN KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN PERAK

Ipoh, 13 Ogos 2024 – Satu lawatan kebajikan telah diadakan oleh wakil AJK PACSU Cawangan Perak terhadap pegawai awam Pn. Faizah Binti Zaman Nordin yang bertugas di Jabatan Logistik IPK Perak.

Beliau telah menghidapi penyakit ketumbuhan didalam otak dan dimasukkan ke wad Hospital Pantai Ipoh, Perak pada 09 Ogos 2024. Lawatan ini diketuai oleh pengerusi PACSU Perak Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram dan Setiausaha Sdri Rosdiah binti Safri serta AJK PACSU Cawangan Perak yang lain.

,