TAUTAN SILATURAHIM DAN KESYUKURAN DI PEJABAT PACSU BUKIT AMAN

WhatsApp Image 2024-08-12 at 19.43.02_faf6b6f7

BUKIT AMAN, 16 Julai 2024 – Majlis doa selamat dan kesyukuran telah diadakan di Pejabat PACSU Cawangan Bukit Aman, Tingkat 1 Menara 2, Bukit Aman. Majlis ini diadakan bersempena selesainya Mesyuarat Agung Tahunan Luar Biasa PACSU Cawangan Bukit Aman kali ke-73  serta kejayaan Saudari Farah binti Shahibi mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi PACSU Bukit Aman.

Bacaan doa telah disempurnakan oleh Saudara Muhamad Nazif bin Ahmad. Majlis ini turut dihadiri oleh Presiden PACSU Malaysia merangkap Setiausaha Agung Cuepacs, Saudara Anuar bin Mamat, serta Timbalan Setiausaha Agung PACSU Malaysia, Saudara Rohaizad bin Khalil.

Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara barisan ahli jawatankuasa yang baru dan yang lama.

 

WhatsApp Image 2024-08-12 at 19.43.02_be5b2843 WhatsApp Image 2024-08-12 at 19.43.02_100932e7

,