22 Jan 2024 – Pengerusi PACSU Selangor En. Affendi Bin Kamarudin telah menghadiri Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja PACSU Kali-6 Penggal Ke-38 (tahun 2021-2024) yang dipengerusikan oleh Presiden PACSU Malaysia, En. Anwar Bin Mamat dan barisan-barisan pegawai kanan PACSU pusat serta turut hadir bersama Exco Bukit Aman, Puan Farah Binti Shahibi dan Exco Kuala Lumpur, En. Ridwan.
Pelbagai agenda mesyuarat telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa malam ini dan pelbagai keputusan telah dicapai secara kolektif hasil perbincangan kepimpinan PACSU.