31 Jan 2024 – Bertempat di Hotel Grand Barakah, Ampang, Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung Kali Ke-6 penggal 2021-2024 telah berlangsung.
PACSU Selangor telah diberi kepercayaan untuk menyelaraskan mesyuarat serta menjayakan beberapa program pada kali ini.
Syabas dan tahniah buat Pengerusi PACSU Selangor, En. Affendi Bin Kamarudin serta barisan-barisan AJK PACSU Selangor yang telah berjaya menyelaraskan Majlis Sumbangan Kebajikan untuk ahli, menjadi tuan rumah buat mesyuarat pada kali ini serta mengekalkan keaktifan aktiviti buat PACSU Selangor.