MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PACSU CAWANGAN PAHANG BIL 1/2024

Kuantan… 08.08.2024 – Telah berlangsungnya Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Pahang Bil. 1/2024 bagi Penggal 2024-2027 di Bilik Mesyuarat JIPS IPK Pahang yang dipengerusikan oleh Puan Seri Embun bt Ishak, Pengerusi PACSU Cawangan Pahang.

Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 14 orang yang terdiri dari ahli jawatankuasa lama dan yang baru dilantik pada Mesyuarat Agung  Tahunan PACSU Negeri Pahang yang lepas.

Dalam mesyuarat ini juga telah membincangkan beberapa program PACSU yang akan berlangsung dalam masa terdekat ,  perancangan untuk aktiviti yang akan datang dan juga perkongsian idea daripada ahli mesyuarat bagi memantapkan lagi PACSU Cawangan Pahang.

#pacsupahangdihati

#bersatumembantubersamapacsu

 

,