PULAPOL KL, 27 JUN 2024 – Sejarah tercipta pada Perhimpunan Pegawai Awam PDRM kali ke-16 bersama YDH Ketua Polis Negara di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim PULAPOL Kuala Lumpur, apabila buat pertama kalinya wanita mengetuai bacaan ikrar bagi perhimpunan tersebut.
Saudari Farah binti Shahibi, Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman diberi penghormatan untuk mengetuai bacaan ikrar di hadapan para pegawai awam dan anggota polis. Majlis yang dihadiri oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, ini mencerminkan komitmen dan kepercayaan PDRM terhadap peranan wanita dalam organisasi mereka.
Beliau menyampaikan bacaan ikrar dengan penuh semangat dan dedikasi, menggambarkan ketegasan dan komitmen pegawai awam dalam menyokong visi dan misi PDRM. Majlis tersebut turut diserikan dengan pelbagai acara dan sesi perkongsian ilmu yang bertujuan memperkukuh kerjasama dan hubungan antara pegawai awam dan anggota polis.
Keberanian dan kecekalan Saudari Farah binti Shahibi ini diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada semua wanita dalam PDRM untuk terus menyumbang ke arah keselamatan dan kesejahteraan negara.