PULAPOL Kuala Lumpur 05/08/2024 (Isnin) – Majlis Serah Terima Tugas Komandan dan Pengerusi PERKEP PULAPOL KL telah diadakan di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim PULAPOL KL. Serah Terima Tugas Komandan PULAPOL KL antara YDh ACP Muhammad Najib bin Hamzah Pemangku Komandan PULAPOL KL dan YDh DCP Alzafny bin Ahmad yang disaksikan oleh YDh DCP Sulaiman bin Hussain Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM.
Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP PULAPOL KL antara YBhg. Puan Syahda binti Abu Hasan Pemangku Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur dan YBhg. Puan Afifah Binti Abdul Wahab yang disaksikan oleh YBhg. Puan Rashidah binti Rahmad Ketua Biro Pendidikan PERKEP Jabatan Pengurusan PDRM.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam (Ahli PACSU) dari PULAPOL KL bagi memeriahkan majlis tersebut.
Semoga Tuan dan Puan Sentiasa di Payungi Rahmat Allah SWT dan Selamat Maju Jaya diucapkan dari kami ahli PACSU PULAPOL KL.