KUNJUNG HORMAT BARISAN AJK PACSU CAWANGAN MELAKA KE ATAS YDH KETUA POLIS DAERAH ALOR GAJAH MELAKA

24 Julai 2024, Rabu – YDH SUPT Ashari Bin Abu Samah, Ketua Polis Daerah Alor Gajah telah menerima kunjungan hormat daripada Sdra Nor Hazwan Mohamad Rafidzi, Pengerusi Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Awam, Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Cawangan Melaka di Bilik Taklimat KPD Alor Gajah. 

Kunjungan hormat diadakan adalah sebagai suai kenal bersama pelantikan baharu barisan ahli jawatankuasa bagi Tahun 2024/2027. Dalam pertemuan itu juga, YDH Ketua Polis Daerah Alor Gajah berharap agar semua Pegawai Awam yang berkhidmat di pasukan ini dapat bersama-sama berganding bahu dalam semua urusan pentadbiran dan melibatkan diri dalam apa jua aktiviti yang diadakan.

Hadir sama YDH DSP Azrul bin Mohamed (Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah), Sdri Fariyantiyy Abharim (Setiausaha), Sdri Haslinda Yusman (Bendahari), Sdra Mohd Haris Bin Mohamad Zahidi, Sdra Mat Yusme Bin Mat Yusof, Sdri Nik Asmah Binti Nik Ibrahim, Ahli Jawatankuasa PACSU Kontinjen Melaka .

IMG-20240724-WA0114 IMG-20240724-WA0060 IMG-20240724-WA0025 IMG-20240724-WA0112

,