KHUTBAH JUMAAT OLEH BIRO AGAMA PACSU MELAKA

MELAKA, 02 Ogos 2024 – Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Raimi Bin Zainal selaku Pembantu Hal Ehwal Agama Islam IPK Melaka merangkap AJK Biro Agama PACSU Cawangan Melaka dengan tajuk *” MENUNTUT ILMU ADALAH SUATU KEFARDHUAN”*.

Jemaah terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam PDRM Melaka serta ahli keluarga yang tinggal di Berek Polis Temenggung.

Inti pati khutbah pada hari ini adalah berkisarkan tentang perkara seperti berikut :

1. *Umat islam hendaklah meyakini bahawa menuntu ilmu merupakan sebahagian daripada perintah Allah*

2 *Umat islam hendaklah berterusan menuntut ilmu khususnya ilmu agama, sebagai cahaya kehidupan sehingga ke akhir hayat*

3.*Umat islam hendaklah mendalami ilmu pengetahuan agar dapat melaksanakan segala amal ibadah seperti yang dikehendaki oleh Allah dan mendapat rahmat dariNya*

Semoga apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Raimi akan dapat dijadikan panduan dan meningkatkan ilmu pengetahuan semua.

IMG-20240419-WA0050 IMG-20240419-WA0051

,