Melaka, 19 Julai 2024 – Satu sesi perbincangan program telah diadakan di Pejabat Penerangan Caw. Melaka Tengah di Wisma Persekutuan, MiTC Melaka. Sesi tersebut telah dihadir oleh Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi (Pengerusi), Fariyantiyy Binti Abharim (Setiausaha), Haslinda Binti Yusman (Bendahari) bersama Puan Nooradha Binti Hashim (Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah).
Perbincangan tersebut adalah mengenai program kerjasama antara PACSU Caw. Melaka bersama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah. Antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah ”Jiwa Madani – Kibar Jalur Gemilang” yang dirancang untuk diadakan pada bulan Ogos 2024.
Pihak Pegawai Penerangan tersebut telah menyambut baik kehadiran PACSU Caw. Melaka serta mengalu-alukan kehadiran untuk bersama-sama menjayakan program yang akan dijalankan.