PENGERUSI DAN SETIAUSAHA PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN HADIR BERSAMA DALAM MESYUARAT PENYELARASAN PERHIMPUNAN PEGAWAI AWAM PDRM KALI KE-16 BERSAMA YDH KETUA POLIS NEGARA SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS YANG KE-217 TAHUN 2024 BIL.3/2024

WhatsApp Image 2024-07-21 at 23.37.16_87bd0518

Pada 6 Jun 2024, telah diadakan Mesyuarat Penyelarasaan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Kali Ke-16 bersama YDH Ketua Polis Negara sempena Peringatan Hari Polis yang ke-217 tahun 2024 Bil.3/2024. Mesyuarat ini diadakan di Bilik Mesyuarat JSPT Tingkat 21, Menara 1, dan dipengerusikan oleh Ketua Urus Setia JSPT, ACP Rahmat Bin Ariffin. INSP Siti Arba’iyah Binti Md Nadirin telah bertindak sebagai pencatit minit.

Antara yang hadir dalam mesyuarat tersebut termasuk Saudari Farah Binti Shahibi, Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman, dan Saudara Fahlawi Bin Haji Jamaludin, , Setiausaha PACSU Cawangan Bukit Aman.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Urus Setia JSPT, ACP Rahmat Bin Ariffin. Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat dan menekankan kepentingan penyelarasan tugas untuk memastikan perhimpunan pegawai awam PDRM kali ke-16 berjalan lancar.

Setiap ahli mesyuarat diminta untuk menyemak dan mengemaskini tugas serta tanggungjawab masing-masing. Saudari Farah Binti Shahibi dan Saudara Fahlawi Bin Haji Jamaludin wakil daripada PACSU Cawangan Bukit Aman turut memberikan input berkaitan penambahbaikan yang diperlukan untuk memastikan semua persiapan dibuat dengan rapi.

Beberapa perkara lain turut dibincangkan, termasuk persediaan logistik dan pengisian acara sempena peringatan Hari Polis yang ke-217 tahun 2024. Pengerusi turut menekankan perlunya komunikasi berkesan antara semua pihak terlibat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi kepada semua yang hadir. Pengerusi berharap segala persiapan berjalan lancar dan perhimpunan nanti akan mencapai matlamat yang diharapkan.

 

WhatsApp Image 2024-07-21 at 23.37.16_2bd657b5 WhatsApp Image 2024-07-21 at 23.37.18_be0a1db4

,