MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN PERAK KALI KE-73

Ipoh, 10 Julai 2024 – Bertempat di Dewan Serbaguna Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh, Perak PACSU Cawangan Perak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-73.

Setiausaha Agung PACSU Malaysia iaitu Sdra Mohd Azli bin Suhaimi Mesyuarat telah mempengerusikan mesyuarat  dan diiringi oleh YM Raja Hazlan Bin Raja Hussin, Bendahari Agung serta Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram Pengerusi PACSU Cawangan Perak.

Mesyuarat kali ini telah mengukir sejarah apabila kehadiran ahli-ahli PACSU seluruh kontinjen Perak melebihi 333 oang dan menjadikan kehadiran teramai di seluruh kontinjen semenanjung. Bagi tempoh penggal tahun 2024 hingga tahun 2027, barisan kepimpinan PACSU Cawangan Perak telah menampilkan ahli jawatankuasa yang baru berikutan pemilihan yang telah dijalankan pada bulan Mac 2024.

Mesyuarat membincangkan permasalahan, perancangan, pembentangan kertas minit, pembentangan kewangan semasa dan lain-lain isu sepanjang tahun 2023 dan 2024 serta menjawab isu-isu berbangkit daripada tahun lalu hingga kini. Mesyuarat juga berlangsung dengan tenang, lancar dan banyak informasi turut disampaikan. PACSU Cawangan Perak sangat memandang serius setiap permasalahan yang dihadapi oleh ahli-ahli yang telah diadukan kepada barisan kepimpinan semasa mesyuarat berlangsung seterusnya akan dibawa ke peringkat atasan untuk diselesaikan.

Turut menghadiri mesyuarat iaitu Setiausaha PACSU Cawangan Perak Sdri Rosdiah binti Safri dan Bendahari Sdri Nurul Aini binti Ishak serta turut dihadiri oleh barisan ahli-ahli jawatankuasa PACSU Cawangan Perak.

,