LAWATAN KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan, 12 Jun 2024 – Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan Sdri Marinee bt Mohamad bersama Ahlijawatankuasa PACSU Cawangan Negeri Sembilan Sdri Norain bt Sidek disertai dengan Ahli PACSU dari IPD Seremban telah membuat lawatan kebajikan keatas isteri ahli Sdra Kamal Bacha yang bertugas di IPD Seremban. Isteri Sdra Kamal Bacha telah dipotong kaki kerana mengidap kencing manis pada hujung bulan Februari yang lalu. Dalam lawatan tersebut Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada isteri Sdra Kamal Bacha. Semoga isteri Sdra Kamal Bacha akan terus diberi kesihatan yang baik.

,