KHUTBAH JUMAAT OLEH PENGERUSI PACSU CAW. MELAKA

MELAKA, 12 Jun 2024 – Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Ustaz Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi selaku Pen Peg Hal Ehwal Agama Islam IPK Melaka merangkap Pengerusi PACSU Cawangan Melaka dengan tajuk ”Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tonggak Penyatuan Rakyat ”.

Jemaah terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam PDRM Melaka serta ahli keluarga yang tinggal di Berek Polis Temenggung. Turut hadir YDH SAC Md Nazri Bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka.

Inti pati khutbah pada hari ini adalah berkisarkan tentang perkara seperti berikut :

1. *Bersempena pertabalan YDPA ke-17 yang diadakan pada 20 Julai 2024 di Istana Negara.*

2 *Yang Dipertuan Agong sebagai raja berpelambagaan serta Ketua Agama Islam*

3.*Perpaduan sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat terutamanya dalam konsep negara berbilang kaum dan agama*

Semoga apa yang telah disampaikan akan dapat dijadikan panduan dan meningkatkan ilmu pengetahuan semua.

IMG-20240720-WA0021 IMG-20240720-WA0019

,